Sunday, January 20, 2008

RAHSIA ABANG DAN ADIK


Pening aku memikirkanya!!

Pagi Ahad selalunya aku akan bangun lambat. Memang aku ambik kesempatan untuk tidur puas-puas. Dalam pukul 10.30am tetiba telefon aku berbunyi. Seseorang yang aku cuma kenal dari chatting sekian lama tapi tidak pernah jumpa menelefon aku. Memandangkan aku memang teringin nak jumpa dia, so kami bercadang untuk berjumpa untuk makan tengahari di Shah Alam.

Kami makan di Section 3 di Shah Alam. Aku memang suka Shah Alam sebab kawasannya agak kemelayuan dan sudah tentu ramai abang-abang Melayu kat situ (my taste). Memandangkan ini adalah kali pertama kami berjumpa, so seperti biasa aku memperkenalkan diri padanya. Satu perkara yang aku rasa ialah muka dia ni agak familiar bagi aku. Aku tak tahu kenapa sedangkan kami tak pernah berjumpa pun sebelum ni. Dia pun mengatakan benda yang sama. Ermmmmmm!!!

Sambil makan kami bersembang dan perbualan agak rancak sebab masing-masing agak selesa. Daripada ceritanya barulah aku tau yang dia merupakan seorang lecturer di sebuah universiti disini. Kiranya ahli akademiklah dia ni.

Memandangkan aku mempunyai seorang kawan yang berkerjaya macam dia jugak, aku pun mananyakan kepada dia kot-kot dia kenal kawan aku. To my surprise, dia mengenali kawan aku itu. Dan yang paling mengejutkan aku bila dia cakap, "itu kakak ipar aku".

Hmmmmm....sekarang cerita menjadi semakin menarik. Sebenarnya aku mengenali abang dan kakak ipar dia. Kami bertiga agak rapat especially abang dia. Untuk pengetahuan korang, aku adalah housemate abang dia masa kami sama-sama belajar diluar negeri dulu. Dan kami masih lagi rapat sampai sekarang. Rapat sampai sekarang!!

Patutlah dia kata aku nampak familiar. Of course lah, sebab aku pernah ambik gambar masa abang dia kawin dan muka aku berlambak-lambak dalam album masa study abang dia.

So maknaya, aku berjumpa dengan seseorang yang aku hampir kenal separuh daripada keluarganya.

Dan yang paling aku teruja sekali, first time aku berjumpa dengan adik-beradik yang mempunyai naluri yang sama walaupun kedua-duanya sudah berkawin.

Kenapa aku cakap macam tu?



Sebab...................abangnya adalah my 'fucking partner'....sampai sekarang!!!

No comments: